Mujur Ada Sanchez!

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 7:15 AM

Alexis Sanchez menjadi penyelamat Arsenal dalam menghidupkan peluang pasukan itu layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

ARSENAL menang 2-0 ke atas Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi Rabu.

Dua gol Arsenal dicipta oleh pemain dari Chile, Alexis Sanchez pada minit ke-72 dan ke-81.

Kemenangan ini begitu penting bagi The Gunners untuk terus menghidupkan peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Arsenal kini berada di posisi kelima dengan 72 mata, kurang satu mata dari Liverpool di tempat keempat carta liga.

Pengurusnya Arsene Wenger mengakui sedikit kecewa apabila pasukannya gagal menjaringkan gol pada babak pertama walaupun mendapat banyak peluang.

"Kami melepaskan banyak tendangan yang tepat sasaran, tetapi ia menguji kesabaran kami. Kami memang kecewa pada babak pertama kerana tidak mampu menjaringkan gol," kata Wenger memetik BBC Sport.

"Sekarang, kami ada 72 mata dan ingin mengejar 75 mata. Lihatlah apa yang terjadi selepas itu," katanya.

Bagi Sunderland pula, kekalahan ini membuatkan mereka terus terbenam di tangga tercorot di tenpat ke-20.

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Arsene Wenger

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan