Melaka Ikat Dua Pemain Import Baharu

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 5:05 PM

Woo Young kekal dalam barisan pemain Melaka United

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pasukan Melaka United  mendapatkan dua pemain import baharu bagi memperkukuhan lagi pasukan itu mengharungi saingan pusingan kedua Liga Super.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi berkata pihaknya  merancang untuk menukar pemain import  setelah mereka gagal beraksi dengan baik seperti mana yang diharapkan oleh pasukan.

Katanya Melaka United (MU) semalam telah selesai mengambil seorang pemain impot baharu yang berasal dari Macedobia iaitu Jasmin Mecinovic berusia 27 tahun yang akan bermain di posisi pertahanan.

“Diharap kedatangan Jasmin yang mempunyai fizikal yang tinggi iaitu 1.94 meter  mampu memperkemaskan  barisan benteng pertahanan pasukan yang sebelum ini kerap dibolosi sehingga hampir 30 gol dalam saingan separuh musim pertama ini,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata seorang lagi pemain import yang sudah dikenal pasti iaitu Felipe De Almeida Souza dari Brazil akan duji petang Khamis bagi memperkasakan barisan tengah pasukan bagi mengantikan tempat Sergi Ezequeil Aguero yang gagal mempersembahkan aksi terbaik sepanjang perlawanan sebelum ini.

“Sekiranya Felipe gagal memberi keyakinan jurulatih, Melaka United tidak menolak kemungkinan untuk mengguna kembali khidmat bekas pemain musim lepas Labinot Harbuzi sebagai pilihan kedua bagi membantu Jeon Woo Young mengemudi di barisan tengah.

“Apa pun kita akan serahkan kepada jurulatih, Eric Williams  untuk membuat penilaian terhadap pemain baharu sebelum diterima masuk dalam pasukan MU,”katanya.

Beliau berkata pihak Melaka United mengambil keputusan untuk mengekalkan penyerang importnya Ilija Spasojevic bukan kerana puas hati dengan mutu permainan pemain berasal dari Montenegro itu tetapi kerana masalah kangkangan kewangan.

”Sekiranya ‘Spanso’ terus gagal mengubah corak permainan sebelum tutup jadual pemindahan pemain pada 11 Jun ini...kita tidak mempunyai pilihan lain untuk mencari pemain baru,”katanya.

Katanya selain daripada  Spasojevic, pemain import dari Korea Selatan, Jeon Woo Young turut dikekalkan manakala khidmat Sergi Ezequeil Aguero dan Godwin Antwi tidak lagi diperlukan.

“Diharap pengambilan pemain import baru ini dapat membawa sedikit perubahan kepada pasukan MU supaya dapat terus kekal bersaingan dalam liga ini dan terus kekal dalam Liga Super pada musim depan,” katanya.

Yusoff berkata MU terpaksa melepaskan khidmat  Mohd Amri Yahyah apabila beberapa perbincangan yang dibuat  pasukan Selangor akan  mengambil pemain tersebut. 

“Adalah amat berat hati untuk saya melepaskan Amri namun beliau sendiri telah bersetuju untuk bersama pasukan Selangor...saya harap Mohd Fauzi Roslan dan pemain lain dalam pasukan MU mampu mengambil alih dan peluang mengantikan tempat Amri selepas ini,”katanya.

Beliau berkata selain daripada mengambil dua pemain import baharu, Pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDT2) telah bersetuju untuk meminjamkan tiga pemainya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Jeon Woo Young , Melaka United

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan