Tunda Perlawanan, Kelebihan Buat Malaysia - Hamidin

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 8:46 PM

Hamidin Mohd Amin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menunda tarikh perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia pada 8 Jun ini, adalah satu tindakan yang tepat dengan keadaan semasa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan itu juga memberi khabar gembira buat skuad Harimau Malaya untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi perlawanan itu yang dijadual semula pada 5 Okt depan.

Skuad Harimau Malaya bakal menerima kehadiran ketua jurulatih baharu dari Portugal, Nelo Vingada yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei ini."Tindakan AFC itu satu tindakan sesuai dalam keadaan sekarang.

Di samping itu, ia juga memberi berita gembira kepada ketua jurulatih kita yang baharu (Vingada) yang mempunyai lebih banyak masa untuk mempersiapkan skuad negara,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

AFC dalam kenyataan media mengumumkan keputusan untuk menunda perlawanan pembukaan kumpulan B itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Kim Il-Sung Pyongyang, 8 Jun ini ekoran ketegangan geopolitik di Semenanjung Korea.

Dalam pada itu, Hamidin berkata FAM masih berarap agar perlawanan berkenaan akan diadakan di venue berkecuali.

"Pada masa sama, kita masih berharap agar perlawanan pada 5 Okt nanti juga berlangsung di venue berkecuali,” katanya.

AFC dalam kenyataan tersebut juga berkata akan membuat keputusan mengenai venue bagi perlawanan kelayakan Piala Asia itu selepas membuat pemantauan ke atas perlawanan Piala AFC antara Kigwancha SC (Korea Utara) dan Erchim FC (Mongolia) pada 31 Mei dan perlawanan kumpulan G kelayakan Bawah 23 Tahun AFC  dari 19 hingga 23 Julai.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan