Chelsea Menang, John Terry Mungkin Gantung But

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 7:11 AM

John Terry. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

KAPTEN Chelsea, John Terry mungkin bakal menggantung but selepas berakhirnya perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini di mana pasukannya akan menentang Sunderland pada Ahad.

Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu membuat komen ini selepas menjaringkan satu gol dalam kemenangan 4-3 Chelsea ke atas Watford, awal pagi Selasa.

Dia akan meninggalkan Chelsea pada musim panas ini selepas 22 tahun bersama kelab itu dan dijangka bermain pada Ahad menentang Sunderland.

Pada hari yang sama The Blues juga akan dianugerahkan trofi kejuaraannya.

Terry telah dikaitkan dengan perpindahan ke Amerika dan China, tetapi kariernya mungkin terhenti di Stamford Bridge.

"Saya tak mahu menjadi pemain yang menunggu masa untuk disingkirkan atau pemain yang menyekat kemajuan pemain yang lebih muda," kata Terry di Sky Sports.

"Peralihan saya adalah berada di bangku simpanan dan melihatnya dari sudut yang berbeza tahun ini, sesuatu yang baik dan membantu dalam pengurusan pada masa hadapan.

"Saya tahu saya kata saya mahu bermain bola sepak seperti biasa, tetapi saya tidak menolak kemungkinan Ahad ini menjadi permainan terakhir saya dan bersara.

"Ia bergantung, jika ada tawaran yang betul saya akan duduk dan mempertimbangkannya dengan keluarga, sama ada di sini atau di luar negara, tetapi saya tidak membuat apa-apa keputusan lagi dan saya masih menilai pilihan saya."

Tags / Kata Kunci: Chelsea , John Terry

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan