Giggs Buat Hal Di Sepanyol

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 1:01 PM

GIGGS bersama seorang wanita misteri ketika bercuti di Sepanyol.

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs amat dikenali dengan sikap yang tenang ketika beraksi di atas padang dan jarang terlibat dalam pergaduhan atau kontroversi.

Namun berbeza pula ceritanya apabila berada di luar padang selepas bekas pemain kelahiran Wales itu dilapor hampir terlibat dalam pergaduhan ketika bercuti di Sepanyol baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di pulau Majorca ketika Giggs bersama rakan-rakannya pada mulanya bertengkar dengan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di kawasan percutian terbabit sebelum keadaan menjadi semakin 'panas'.

GIGGS (berseluar kelabu) cuba menenangkan keadaan apabila rakannya terlibat dalam pertengkaran di Sepanyol.

Difahamkan, kumpulan lelaki berkenaan merupakan penduduk tempatan tetapi punca sebenar perselisihan faham terbabit tidak dapat dipastikan.

Beberapa gambar menunjukkan Giggs yang memakai seluar pendek berwarna kelabu cuba menenangkan rakannya daripada mencetuskan pergaduhan yang lebih besar.

Bagaimanapun insiden itu dipercayai tidak berlanjutan dan diselesaikan secara baik.

Malah Giggs dilihat tidak terganggu dengan hal itu, sebaliknya menikmati percutian tersebut bersama seorang wanita misteri yang dipercayai kekasihnya.

Bekas pemain berusia 43 tahun itu dalam proses penceraian dengan isterinya, Stacey selepas kes mereka dibawa ke Mahkamah Tinggi susulan pertikaian pembahagian harta bernilai 40 juta pound sterling (RM223 juta).

Tags / Kata Kunci: Ryan Giggs

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan