Mourinho, Belilah Alexis Sanchez!

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 8:02 AM

Alexis Sanchez

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Manchester United merasakan bahawa masih ada yang 'lubang' di padang yang perlu 'ditutup' oleh pengurus Jose Mourinho dengan memasukkan beberapa pemain apabila jendela perpindahan dibuka.

Ryan Giggs menjangkakan United akan sibuk dengan aktiviti pemindahan pada musim panas ini, dan percaya Mourinho nampak apa yang ada dengan penyerang Arsenal, Alexis Sanchez.

Giggs merasakan skuad sekarang masih memerlukan 'empat atau lima pemain' untuk mendapatkan kekuatan penuh.

Dia berkata kepada The Express: "Dia perlu menggantikan Michael Carrick.

"Ibrahimovic tak dapat bermain selama setahun. Saya rasa dia memerlukan pengganti.

"Tak tahu apa pula yang akan berlaku dengan Rooney.

"Saya fikir dia mungkin memerlukan empat atau lima pemain."

Dengan ketidaktentuan pemain-pemain tersebut, United telah dikaitkan dengan beberapa pemain alternatif yang berpotensi.

Pemain seperti Antoine Griezmann, Andrea Belotti dan Romelu Lukaku antara yang menjadi perhatian, tetapi Giggs merasakan Mourinho perlu mencari penyerang dalam empat kelab teratas.

Dengan Sanchez yang kontraknya memasuki 12 bulan terakhir di Arsenal, dia dianggap berkualiti memberikan kesan yang besar di Old Trafford.

"Sanchez merupakan pemain yang pintar. Kegigihannya, bagaimana dia memberi kesan kepada rakan sepasukan, dia seorang pemenang," kata Giggs.


Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Ryan Giggs

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan