United Bakal Pecah Rekod Baharu

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KEDUDUKAN Manchester United dalam saingan liga amat tidak memberangsangkan apabila semakin pasti menamatkan musim ini di tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

Namun di sebalik kegagalan menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas, skuad The Red Devils masih mampu mendapat ''piala' tambahan apabila bakal melakar sejarah baharu liga itu.

Ini kerana United akan menjadi kelab pertama Britain yang melepasi jumlah hadiah 1 bilion pound sterling (RM5.5 bilion) selepas dijangka mendapat lebih 100 juta pound sterling (RM558 juta) pada penghujung musim ini.

Kajian oleh Spreadex pada musim lalu menunjukkan United mengungguli carta meraih jumlah pendapatan paling tinggi dengan mengumpul 870.3 juta pound sterling (RM4.8 bilion).

Hujung musim ini, Sunderland akan menerima sekurang-kurangnya 100 juta pound sterling (RM558 juta) walaupun menamatkan saingan di tangga terbawah liga manakala Chelsea akan membawa pulang lebih 150 juta pound sterling (RM837 juta) selepas bergelar juara.

United pula akan memperoleh wang antara jumlah kedua-dua pasukan itu, sekali gus mempunyai peluang untuk melepasi nilai 1 bilion pound sterling.

Arsenal pula menduduki tempat kedua bagi jumlah keseluruhan wang kemenangan dengan mengumpul 842.8 juta pound sterling (RM4.7 bilion) setakat ini.

Liverpool dan Chelesea pula masing-masing mengumpul pendapatan sebanyak 815.4 juta pound sterling (RM4.5 bilion) sepanjang 24 musim dalam Liga Perdana Inggeris.

Jumlah sebenar hadiah wang tunai untuk setiap kelab pada musim ini masih belum disahkan dan hanya didedahkan selepas kempen ini berakhir.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Arsenal , Liverpool , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan