Ghaddar Dedah Punca Tinggalkan TRW

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG import Kelantan, Mohammed Ghaddar mengesahkan dirinya meninggalkan The Red Warriors (TRW) bagi menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua yang bermula Isnin.

Kata Ghaddar, tawaran daripada JDT itu adalah peluang terbaik untuknya mengembangkan karier selain demi masa depan keluarganya.

“Selepas separuh musim yang cukup hebat bersama pasukan Kelantan, dengan segala hormatnya saya mengumumkan pemergian saya dari pasukan ini.

“Saya  akan  tinggalkan  pasukan Kelantan untuk teruskan karier bersama pasukan JDT,” katanya dalam laman sosial Instagramnya.

Terdahulu sebelum itu, JDT mengesahkan bahawa Harimau Selatan telah mengadakan rundingan bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) untuk mendapatkan khidmat Ghaddar.

Pengarah Sukannya, Alistair Edwards berkata, rundingan tersebut  juga  akan menjadi perpindahan paling tinggi dalam sejarah bola sepak tanah air.

Menurutnya, usaha itu juga  bertujuan memberikan jalan kepada Kafa menyelesaikan beberapa isu kewangan mereka yang disifatkan sebagai situasi menang-menang antara kedua-dua pasukan.

“Ini adalah satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab, di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru.

“JDT pula akan mendapat seorang pemain yang terbukti cemerlang dengan rekod prestasi yang sentiasa mahukan kejayaan,” katanya dipetik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers. - SINAR ONLINE

Tags / Kata Kunci: Mohammed Ghaddar , JDT

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan