Bukan Kerana Duit! - Kafa

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis kewangan yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelum ini dikatakan sebagai salah satu faktor ayam tambatannya, Mohammed Ghaddar dijual kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada jendela perpindahan pemain.

Namun, Kafa dalam satu sidang media pada Selasa tampil memberi penjelasan bahawa masalah kewangan tiada kaitan dengan perpindahan pemain berasal dari Lebanon itu.

Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata faktor yang dipertimbangkan terhadap tawaran JDT itu adalah selepas mengambil kira Ghaddar kini sudah tidak lagi berminat untuk bermain dengan Kelantan.

"Kalau nak kira dari segi masalah kewangan memang Kafa alami masalah kewangan sejak berkurun-kurun lagi tetapi kami sentiasa berada dalam Liga Malaysia, malah kami masih lagi pasukan yang disegani dalam Liga Malaysia.

"Jadi bukan soal kewangan itu yang menjadi pertimbangan kami untuk melepaskan Ghaddar tetapi kalau anda  tengok statusnya di Facebook dan Instagram, memang dia sudah tidak berminat lagi untuk bermain dengan kelantan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kumpulan Media Karangkraf pada Selasa.

Justeru, Muhammad Nasir berkata atas dasar itu, Kafa telah menerima tawaran kali ketiga JDT untuk mendapatkan khidmat Ghaddar.

"Dalam dunia ini kalau orang tak berminat dengan kita, lagi pula kita berada dalam dunia bola sepak profesional, jadi perpindahan pemain ini sesuatu yang halal.

"Alhamdulillah... JDT buat rundingan dengan baik dan tawaran pun begitu baik, maka kami lepaskan. Kalau kami tak lepaskan Ghaddar, dia tidak akan beraksi dengan jiwa tak ada lagi bersama kelantan," katanya.

Ditanya mengenai nilai perpindahan Ghaddar, Muhammad Nasir bagaimanapun mengambil pendekatan untuk mengunci mulut mengenai perkara itu.

"Sebenarnya yuran perpindahan ini, kami telah bersetuju untuk tidak dedahkan kepada umum. Tapi bagi Kafa dan sejarah Liga Malaysia tidak ada lagi bayaran perpindahan dibayar setinggi ini," katanya.

Malah beliau berkata, Ghaddar hanya akan berpindah ke JDT secara rasmi berkuatkuasa selepas bayaran perpindahan dijelaskan.

"Ghaddar akan dimiliki oleh JDT berkuat kuasa serta merta dengan syarat bayaran dijelaskan, segala proses pertukaran, proses perpindahan dilaksanakan, maka dia akan jadi milik JDT," katanya.

Dengan pemergian Ghaddar, Muhammad Nasir mengakui Kelantan perlu mencari pengganti penjaring terbanyak Liga Super itu untuk memastikan pasukan tersebut kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

"Kita di kedudukan terbaik sekarang ini, kalau tak ada penyerang gantian maka kita tak akan ke mana-mana. Kita kena cari pengganti dan Insya-Allah kita mempunyai beberapa calon, kalau tak sehebat Ghaddar mungkin lebih baik daripada dia," katanya.

Dengan pengisytiharan itu, maka teka-teki mengenai masa depan Ghaddar bersama Kelantan akhirnya terjawab secara rasmi.

Ghaddar pada Isnin membuat kejutan apabila mengumumkan dia meninggalkan Kelantan bagi menyertai JDT pada jendela perpindahan pemain.

Kata Ghaddar, tawaran daripada JDT itu adalah peluang terbaik untuknya mengembangkan karier selain demi masa depan keluarganya.

"Selepas separuh musim yang cukup hebat bersama pasukan Kelantan, dengan segala hormatnya saya mengumumkan pemergian saya dari pasukan ini.

"Saya  akan  tinggalkan  pasukan Kelantan untuk teruskan karier bersama pasukan JDT," katanya dalam laman sosial Instagramnya.

Sebelum itu, JDT mengesahkan bahawa skuad Harimau Selatan telah mengadakan rundingan bersama Kafa untuk mendapatkan khidmat Ghaddar.

Tags / Kata Kunci: Mohammed Ghaddar , JDT , Kafa

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan