Final Piala FA: Tiket Mula Dijual Rabu Ini

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 6:15 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyokong-Penyokong pasukan Kedah dan Pahang boleh mula membeli tiket akhir Piala FA bermula Rabu ini.

Pasukan Pahang dan Kedah masing-masing menerima 32,000 keping tiket dewasa, manakala bagi kanak-kanak sebanyak 750 keping setiap negeri.

Tiket-tiket akan mula dijual di kaunter stadium di negeri masing-masing bermula Khamis, 18 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagi belian tiket secara online, sebanyak 6,000 keping disediakan bersama 500 tiket untuk kanak-kanak, dan mula dijual pada 17 Mei (Rabu) ini bermula 12 tengah hari.

Hanya empat keping sahaja dibenarkan untuk satu transaksi pembelian dan boleh menebus di Stadium Melawati Shah Alam pada 18 dan 19 Mei (12 tengah hari sehingga 6 petang).

Sementara itu, harga bagi sekeping tiket bernilai RM50, manakala harga bagi kanak-kanak RM5.

Perlawanan akhir Piala FA di antara Pahang dan Kedah akan berlangsung pukul 9 malam di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Info Tiket:

Secara online : Rabu, 17 Mei (bermula 12 tengah hari) di www.tickethotline.com.my

Kaunter : Khamis, 18 Mei (bermula 10pg)

Harga tiket :

Dewasa RM50

Kanak-Kanak RM5


Tags / Kata Kunci: Tiket Final FA , Pahang , Kedah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan