Barca, Real Madrid 'Menggila'

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 7:40 AM

Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol dalam membantu pasukannya menang 4-1 ke atas Sevilla. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PEREBUTAN gelaran juara La Liga terus sengit apabila dua pasukan utama, Barcelona dan Real Madrid berjaya menundukkan lawan masing-masing.

Kedua-dua pasukan kini mengumpul jumlah mata yang sama, tetapi Barca mempunyai kelebihan dari segi jumlah gol.

Barca menang di markas Las Palmas, Stadium de Gran Canaria dengan jaringan 4-1, dalam perlawanan awal pagi Isnin.

Mereka mendahului tuan rumah 2-0 pada babak pertama menerusi gol Neymar dan Luis Suarez.

Las Palmas mampu membolosi gawang lawan menerusi Pedro Bigas pada minit ke-63. Namun selepas itu, mereka terpaksa akur dengan dua gol tambahan dari Neymar.

Sementara itu Madrid juga 'menggila' dalam usaha mengejar mahkota La Liga.

Pasukan bimbingan Zinedine Zidane itu menundukkan Sevilla 4-1 di Stadium Santiago Bernabeu.

Dua gol kemenangan tuan rumah diledakkan oleh Cristiano Ronaldo dan dua lagi oleh Nacho Fernandez dan Toni Kroos.

Bagi Barcelona, tiga mata ini amat penting untuk mempertahankan kedudukannya di puncak liga. Mereka kini mengumpul 87 mata dari 37 perlawanan.

Bagaimanapun, Madrid masih memiliki baki dua perlawanan berbanding seteru utama mereka, Barca yang hanya tinggal satu perlawanan menentang Deportivo La Coruna.

Jika Madrid menang dalam dua perlawanan berikutnya, Madrid akan memastikan gelaran juara La Liga musim 2016/2017 milik mereka.

Dua pasukan yang bakal memberi cabaran kepada Madrid adalah Celta Vigo dan Malaga.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Cristiano Ronaldo , La Liga

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan