AS Monaco Juara Ligue 1 - Bola Sepak | mStar

AS Monaco Juara Ligue 1

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

KERJA keras AS Monaco akhirnya terbayar apabila mereka berjaya menjuarai Ligue 1 musim 2016/17.

Monaco memastikan gelaran itu menjadi milik mereka selepas menang 4-0 ke atas Lille dalam perlawanan di Stadium Louis II, awal pagi Isnin.

Bekas penyerang Manchester United dan Chelsea, Radamel Falcao, menjadi wira dalam kemenangan ini apabila menyumbat masuk dua gol.

Falcao menggegarkan gawang lawan ketika perlawanan baru berlangsung enam minit, diikuti gol Bernardo Silva pada minit ke-45.

Nama Falcao kembali tertera di papan skor pada minit ke-69 sebelum pasukannya memastikan kemenangan menerusi gol bunuh diri pemain Lille, Junior Alonso sebelum tamat perlawanan.

Monaco kini mengumpul 89 mata dan mustahil dapat dikejar pesaingnya, Paris Saint Germain dengan 86 mata.

Ini adalah gelaran ketujuh Monaco dalam liga utama Perancis. Kali terakhir mereka menjulang trofi pada1999/2000.

Monaco juga memberikan cabaran di Liga Juara-Juara. Mereka layak ke separuh akhir, tetapi tewas kepada gergasi Itali, Juventus.

Tags / Kata Kunci: liga Perancis , juara Ligue 1
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan