Tiada Cheng Hoe, Tiada Masalah

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 3:48 PM

PEMAIN Kedah Liridon Krasniji (tengah) meraikan jaringan pertamanya bersama Baddrol Bakhtiar dan Mohd Rizal Razali (kanan) ketika menentang pasukan Terengganu dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 13 Mei 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ganjaran menanti skuad Kedah andai berjaya membawa pulang Piala FA ke negeri itu apabila bertemu Pahang di final yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya akan mempertimbangkan ganjaran yang sesuai jika skuad Lang Merah dapat menamatkan kemarau kejayaan dalam pertandingan yang kali terakhir dijuarai pada 2008.

Kedah, juara tiga kali Piala FA iaitu pada 1996, 2007 dan 2008 akan menentang Pahang di final selepas menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam Sabtu untuk mara dengan agregat 4-0.

Pada masa sama, Ahmad Bashah berkata kemenangan Kedah ke atas Terengganu dalam aksi separuh kedua Piala FA malam tadi membuktikan ketiadaan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatan sebagai jurulatih Kedah bukan penghalang kepada kejayaan, sebaliknya semangat berpasukan mendahului segala-galanya.

"Walaupun bermain di tempat lawan, skuad Lang Merah menampilkan permainan yang bermutu dan saya berpuas hati dengan prestasi pasukan ketika ini.

"Saya beri kepercayaan kepada pemangku jurulatih Nidzam Adzha Yusoff untuk membimbing pasukan," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Kedah ke-37 di sini, Ahad.

Ahmad Bashah turut menyeru semua penyokong Kedah agar dapat ke Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini bagi memberi sokongan padu kepada Lang Merah.

Tags / Kata Kunci: Tan Cheng Hoe , Kedah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan