Bapa Pogba Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 8:28 AM

Bapa Pogba (kanan) meninggal dunia pada Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bertandang ke White Hart Lane tanpa disertai pemain termahalnya, Paul Pogba.

Pemain tengah United itu bergegas pulang selepas menerima berita kematian bapanya, Fassou Antoine,79, yang berdepan dengan masalah kesihatan sejak sekian lama.

Sementara itu, skuad Jose Mourinho menuju ke White Hart Lane dengan menaiki kereta api pada petang Sabtu.


Dijangka Mourinho bakal menurunkan pemain mudanya Scott McTominay dan Axel Tuanzebe dalam barisan utama selepas Maroune Fellaine  terlepas aksi ini gara-gara penggantungan tiga perlawanan.

Selain itu, Spurs bakal bermain buat kali terakhir di stadiumnya itu memandang bakal berpindah ke venue baharu musim depan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Paul pogba

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan