Piala Pengerusi Felda: PBFW Terengganu Akur Tewas

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sentuhan penyudah menghantui skuad Persatuan Bolasepak Felda Wilayah (PBFW) Terengganu untuk meneruskan rentak kemenangan dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Pengerusi Felda 2017.

Pada pertemuan Sabtu lalu, anak buah Mohd Sharul Abdul Rahman yang juga juara edisi 2016 terpaksa akur tewas 1-2 kepada PBFW Gua Musang dalam aksi di padang Chiku 3.

"Kami menguasai sebahagian besar perlawanan namun gagal menemui sentuhan penyudah. Kami hanya berjaya meledak satu gol selepas lawan mendahului 2-0.

"Rezeki tidak berpihak kepada kami untuk meraih tiga mata. Agak rugi kerana tidak dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata bagi mengukuhkan kedudukan ke separuh akhir, " katanya.

Sementara wakil tunggal dari Sabah, PBFW Sahabat bermula dengan positif apabila menewaskan Mempaga dengan jaringan 6-4 pada aksi di padang Institut Semarak Felda, Bangi.

Anak buah jurulatih Haiyah Raopung mempamerkan persembahan mantap pada separuh masa pertama apabila mendahului lawan 4-1 namun berdepan kesukaran berdepan kebangkitan lawan pada baki 45 minit.

Mempaga mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk merapatkan kedudukan sebelum beberapa percaturan Haiyah menukarkan pemain untuk mencari gol dan mengekang kebangkitan lawan berjaya membuahkan hasil.

"Saya gembira kami bermula dengan meraih tiga mata pada perlawanan pertama, tidak seperti tahun lalu yang bermula dengan kekalahan. Secara tidak langsung memberi kami semangat untuk meneruskan rentak kemenangan.

"Cuma pemain perlu diingatkan agar tidak terlalu selesa apabila sudah mendahului lawan seperti yang berlaku pada perlawanan ini. Kami perlu fokus sehingga minit ke-90 permainan," tambahnya.

Saingan Piala Pengerusi Felda 2017 yang bermula minggu lalu membabitkan 12 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan, dijalankan secara liga satu pusingan.

Keputusan Penuh PerlawananTarikh : 13 Mei 2017, Sabtu

PBFW GUA MUSANG 2-1 PBFW TERENGGANU

PBFW SAHABAT 6-4 PBFW MEMPAGA

PBFW JENGKA 2-0 PBFW TROLAK

PBFW ALOR SETAR 2 -0 PBFW SEGAMAT

PBFW RAJA ALIAS 1-0 Akademi Bolasepak Felda

PBFW JOHOR BAHRU lwn PBFW KUANTAN (perlawanan ditunda atas faktor cuaca)

Tags / Kata Kunci: Piala Pengerusi Felda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan