Selamat Tinggal Hull City

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

HULL City tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-4 di tangan Crystal Palace pada aksi di Selhurst Park, malam Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan Crystal Palace terselamat dan terus kekal dalam saingan musim depan manakala Hull bakal beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan.

Pasukan lawan itu perlu melakar kemenangan untuk terus kekal bersaing di pentas Liga Perdana Inggeris tetapi jaringan Wilfried Zaha, Christian Benteke, Luka Milivojevic serta Patrick van Aanholt menghancurkan peluang itu.

Hull kini menyertai dua lagi pasukan yang sudah tersingkir awal sebelum ini iaitu Sunderland dan Middlesbrough.

Crystal Palace hanya memerlukan satu mata untuk terselamat dan kemenangan besar itu berjaya menyelamatkan pasukan tuan rumah.

Hull hanya memenangi satu perlawanan di Crystal Palace dalam tempoh 32 tahun.

Pasukan pelawat dilihat gagal beraksi dengan baik apabila Zaha memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Hull untuk menyumbat gol pembukaan seawal minit ketiga.

Nasib Hull seakan sudah tertulis pada minit ke-34 apabila Benteke menyudahkan hantaran Jason Puncheon dengan tandukan jarak dekat menewaskan Eldin Jakupovic.

Pasukan pelawat cuba bangkit namun impian mereka semakin sukar apabila Milivojevic meledak gol ketiga menerusi sepakan penalti selepas Michael Dawson menjatuhkan Jeffery Schlupp.

Van Aanholt akhirnya melengkapkan kemenangan bergaya buat Palace dengan percubaan jarak dekat pada minit ke-90 untuk gol keempat tuan rumah. 

Tags / Kata Kunci: Hull City

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan