'Mana Ada Tinggalkan TRW'

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG import Kelantan, Mohammed Ghaddar menamatkan spekulasi berhubung berita penghijrahannya ke pasukan lain pada jendela perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Pemain kelahiran Lubnan itu mengesahkan dia akan terus menyarung jersi The Red Warriors (TRW) sehingga akhir musim ini.

Ia sekali gus melenyapkan khabar angin mengatakan penjaring terbanyak Liga Super itu akan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga mencetuskan situasi kurang senang dalam kalangan penyokong skuad pantai timur, ketika ini.

“Tidak, tidak (berhijrah ke pasukan lain). Saya kekal bersama Kelantan walaupun memang ada pasukan tertentu menawarkan gaji lumayan kepada saya.

“Saya sangat selesa di sini (Kota Bharu) dan gembira menjadi sebahagian daripada keluarga bola sepak Kelantan terutama penyokong mereka yang sentiasa memberi sokongan,” katanya pada Sabtu menurut Sinar Online.

Bagaimanapun, penyerang berusia 33 tahun itu mengambil pendekatan kunci mulut dan enggan mengulas lanjut berhubung masa depannya bersama Kelantan ketika jendela perpindahan itu dibuka secara rasmi, bermula Ahad.

Menurutnya, dia mahu memberi tumpuan membantu TRW dalam menghadapi baki saingan Liga Super selain kempen Piala Malaysia, selepas ini.

Mohammed Ghaddar mencetuskan sensasi apabila mencipta hatrik tiga kali ketika bertemu Perak, T-Team dan Pulau Pinang sekali gus membolehkan dia mengetuai senarai penjaring  liga dengan 18 gol, setakat ini.

Aksi luar biasa dipamerkan penyerang itu menarik perhatian pasukan elit dalam Liga Super iaitu JDT.

Malah Penaung Diraja kelab bola sepak itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka menyatakan hasrat mahu membeli Mohammed Ghaddar, baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Mohammed Ghaddar , Kelantan , TRW

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan