Piala FA: Disiplin Kunci Kejayaan - Dollah

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Disiplin tinggi dipamerkan pemain Tok Gajah menjadi kunci kepada kejayaan mereka menewaskan Negeri Sembilan, jelas Dollah Salleh.

Jurulatih Pahang itu berkata, biarpun terus menerima asakan bertali arus daripada jentera serangan pasukan lawan, skuadnya tetap memberi fokus.

"Alhamdulillah kita berjaya layak ke final dan ia hasil perjuangan sepasukan yang berjaya menyekat usaha Negeri Sembilan yang mendapat sokongan padu penyokong.

"Disiplin tinggi yang dipamerkan pemain menjadi antara faktor kejayaan Pahang.

"Gol awal yang dijaringkan Jaewon Heo pada minit keenam nyata menyuntik semangat pemain walaupun sebelum itu lawan berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Dollah berkata Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah memainkan peranan penting dalam membantu pasukan itu meraih kejayaan.

"Baginda banyak membantu pasukan termasuk memberikan pandangan dalam soal pemilihan pemain," katanya.

Pahang menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan dan bakal bertemu Kedah di final Piala FA, setelah Kedah mengalahkan Terengganu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir kedua Sabtu malam.

Tags / Kata Kunci: Pahang , Dollah Salleh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan