Siapakah Pengganti Tan Cheng Hoe?

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 10:07 AM

Ramon Marcote

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peminat-peminat bola sepak Kedah kelihatan sudah boleh ketepikan Ramon Marcote sebagai pengganti Tan Cheng Hoe.

Ini kerana, Marcote secara jelasnya mengakui dia bukan pilihan utama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika ini.

"Saya fikir saya bukan sasaran utama KFA," jelasnya ringkas tanpa menjelaskan lebih lanjut kenyataannya itu.

Marcote sebelum ini menjadi pilihan penyokong skuad hijau kuning bagi mengisi jawatan ketua jurulatih yang ditinggalkan Cheng Hoe selepas dipilih sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya.

Malah ketika dihubungi mStar Online bulan lalu, Marcote memberitahu telah dihubungi KFA namun tiada persetujuan oebih serius dicapai.

Ketika ditanya sama ada ingin memberi sepatah dua kata kepada pemain-pemain Kedah berdepan aksi Piala FA, Marcote menjawab : "No. Without contacting".

Dalam laporan sebelum ini juga, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar memberitahu ketua jurulatih Kedah akan diumumkan selepas tamat aksi Piala FA.

Kedah berjaya mara ke aksi separuh akhir Piala FA dan bakal bertandang ke Terengganu hari ini bagi meneruskan timbal balik selepas menang 1-0 di laman sendiri 30 April lalu.

Jawatan ketua jurulatih skuad itu ketika ini dipangku oleh legendanya, Mohd Nidzam Adzha Yusof.

Tags / Kata Kunci: Ramon Marcote , Tan Cheng Hoe , KFA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan