Pertembungan Terengganu-Kedah Dikawal Ketat

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seramai 276 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan mengawal Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sepanjang aksi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Kedah malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata langkah itu adalah bagi mengawasi keadaan di luar dan di dalam stadium agar tiada sebarang kekacauan berlaku.

"Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penonton yang sengaja mencetuskan kekacauan.

Idris juga meminta para penyokong supaya hadir lebih awal ke stadium bagi menggelakkan kesesakan lalu lintas dan kekecohan disaat akhir.

Katanya pintu stadium mula dibuka pada pukul 6 petang dan dua skrin besar turut dipasang di luar stadium.

Difahamkan kira-kira 10,000 keping tiket habis dijual dalam tempoh satu jam sejak kaunter tiket dibuka bermula pukul 10 pagi Sabtu.- BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Piala FA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan