Chelsea Juara!

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 7:05 AM

Pemain Chelsea meraikan kejayaan mereka menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim 2016/17, awal pagi Sabtu. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

CHELSEA akhirnya berjaya mengunci gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kelab di bawah bimbingan Antonio Conte itu menewaskan West Bromwich Albion 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di The Hawthorns, awal pagi Sabtu.

Walaupun harus berjuang habis-habisan, The Blues yang masih mempunyai baki dua perlawanan berjaya meraih mata penuh di kandang lawan pada saat-saat akhir perlawanan.

Terikat 0-0 dari wisel permulaan dibunyikan sehinggalah masuk babak kedua, Chelsea hanya dapat memecah kebuntuan pada minit ke-82.

Gol yang ditunggu-tunggu seluruh peminat The Blues itu diperolehi apabila Conte bertindak pintar membawa masuk Michy Batshuayi pada minit ke-76. Dia menggantikan Pedro Rodriguez.

Kira-kira enam minit berada di padang, penyerang berusia 23 tahun itu berjaya membolosi gawang lawan, apabila dia menyempurnakan umpan Cesar Azpilicueta.

Gol tunggal Batshuayi itu sekali gus menjadi gol kemenangan Chelsea, dengan kelab itu kini mengumpul 87 mata.

Mereka mendahului 10 mata di atas Tottenham Hotspur yang berada di posisi kedua.

Disebabkan Spurs mempunyai baki tiga lagi perlawanan atau sembilan mata yang perlu direbut, mustahil untuk kelab itu dapat memintas mata Chelsea.

Chelsea setakat ini telah bertanding dalam Liga Perdana sebanyak 36 kali.

Ini merupakan gelaran keenam Chelsea sepanjang menyertai liga.

Sebelum ini mereka berjaya menjadi juara pada musim 1954/55, 2004/05, 2005/06, 2009/10 dan 2014/15.

Selain Liga Perdana Inggeris, Chelsea juga berpeluang menjuarai Piala FA musim ini.

Impian itu mungkin terlaksana jika mereka mampu mengalahkan Arsenal dalam perlawanan final, di Stadium Wembley, 27 Mei ini.

Sementara itu, Everton juga berjaya mendapat mata penuh apabila mengalahkan Watford 1-0 di Goodison Park.

Gol diperolehi melalui Ross Barkley yang memanfaatkan umpan Phil Jagielka pada minit ke-56.



Tags / Kata Kunci: juara EPL , Chelsea , Antonio Conte

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan