United Menderita Sampai Saat Akhir - Mourinho

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 7:12 AM

Sebahagian pemain Manchester United meraikan kejayaan pasukan mereka mara ke final Liga Europa. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United memastikan tempat beraksi di final Liga Europa setelah menang dengan agregat 2-1 ke atas Celta Vigo.

Pengurusnya, Jose Mourinho berkata walaupun mencatat kemenangan, Celta berjaya membuatkan United menderita hingga saat akhir.

United turun pada separuh akhir kedua di Old Trafford, awal pagi Jumaat dengan mata 1-0 selepas menang di markas Celta pada separuh akhir pertama.

Celta yang ketinggalan bermain berhempas pulas, tetapi United berjaya mendahului menerusi tandukan Marouane Fellaini pada minit ke-17. United unggul dengan agregat 2-0.

Bagaimanapun Celta tidak lemah semangat. Mereka terus berjuang untuk mencuri gol dan perjuangan kelab dari Sepanyol itu membuahkan hasil pada minit ke-85 menerusi Facundo Sebastian Roncaglia.

Kedudukan dari segi agregat berubah menjadi 1-2 dan Celta memerlukan satu gol lagi untuk mara kerana bermain di tempat lawan.

Asakan demi asakan Celta menyebabkan United mengakui mereka keletihan.

"Kami adalah pasukan terbaik ketika perlawanan pertama tapi tak pernah 'mengunci' perlawanan, tak pernah menjaringkan gol daripada peluang yang kami dapat. Perlawanan ini menjadi satu perlawanan terbuka, semua tekanan berada di pihak kami," kata Mourinho.

"Mereka betul-betul bebas dari beban dan memberikan satu pertandingan yang sangat sukar buat kami. Kami menderita sampai akhir dan peluang mereka terbuka sampai saat terakhir.

"Para pemain sudah memberikan segalanya. Saya sangat puas hati dengan mereka," katanya.

Mourinho berkata demikian apabila Celta sebenarnya mempunyai sejumlah peluang menambah gol sepanjang pertandingan, tetapi gagal dimaksimakan.

Dengan kemaraan ini, United juga memiliki peluang meraih gelaran pertama mereka dalam saingan Liga Europa sekali gus sebagai tiket untuk menempatkan diri secara automatik dalam Liga Juara-Juara musim depan.

United akan berdepan dengan Ajax Amsterdam yang berjaya mengalahkan Lyon dengan agregat 5-4.

Pertandingan tersebut akan berlangsung di Friends Arena, Solna, 24 Mei 2017.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan