Selamat Tinggal White Hart Lane!

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 9:32 PM

(Ubah saiz teks)

AKSI menentang Manchester United pada Ahad ini akan menjadi pertembungan kali terakhir Tottenham Hotspur di White Hart Lane.

Ia merupakan perlawanan penutup tirai Spurs di stadium tersebut selama 128 tahun.

Awal minggu ini, Spurs berkongsi beberapa keping gambar mengenai proses pembinaan stadium baharu pasukan itu.

Spurs akan menggunakan Stadium Wembley sebagai gelanggang sementara pasukan itu sehingga kerja pembinaan stadium baharu selesai.

Menjelang detik penutupan stadium itu, barisan pemain dan kakitangan bahagian pengurusan Spurs berkumpul beramai-ramai untuk mengabadikan gambar kenangan di stadium tersebut.

Spurs 'Class of 2017' yang merangkumi 450 kakitangan dilihat beratur di tengah-tengah padang sambil berlatarbelakangkan tempat duduk West Stand.

Stadium baharu yang menelan belanja sebanyak 800 juta pound sterling itu berupaya menampung seramai 61,000 penonton.

Malah, ia akan menjadi stadium terbesar di London, mengatasi jumlah kapasiti Stadium Emirates milik musuh tradisi Arsenal sekitar 1,000 tempat duduk.

Tags / Kata Kunci: White Hart Lane , Tottenham Hotspur

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan