Liga Juara-Juara: Apa Kata Ronaldo?

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 7:50 AM

Cristiano Ronaldo

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo telah bercakap tentang peluang Real Madrid untuk menang dalam Liga Juara-Juara menentang Juventus.

Ronaldo berkata setiap pasukan mempunyai peluang sama rata untuk menjulang trofi kejuaraan.

Katanya, berdasarkan rekod, Real tidak akan dibiarkan oleh lawan untuk berdepan dengan permainan yang mudah dalam Liga Juara-Juara.

Real mara ke final selepas mengalahkan pesaingnya, Atletico Madrid dengan agregat 4-2.

Juventus mara selepas menundukkan AS Monaco dengan agregat 4-1.

“Final tidak ada yang mudah bagi kami,” kata Ronaldo.

“Kami harus berjuang sampai akhir dan pasukan harus berada dalam keadaan yang baik, final adalah 50-50. Kami memiliki pasukan yang hebat, kami telah menunjukkannya setiap minggu dalam setiap perlawanan.

“Pasukan kami sangat sempurna dan sekarang kami perlu menjuarai Liga Juara-Juara.

“Secara peribadi, saya sentiasa bersedia untuk perlawanan penting, sama seperti semua pasukan. Saya telah mempersiapkan diri dengan baik untuk akhir musim ini dan kami akan mengetahui hasilnya tidak lama lagi,” katanya.

Final Liga Juara-Juara akan berlangsung di Stadium Millennium, Cardiff pada 3 Jun akan datang.

Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Ronaldo , Juventus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan