Pemain Patut Pergi Ke Spa - Mourinho

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 9:03 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menyifatkan aksi final Liga Europa antara Manchester United menentang Ajax sebagai pertembungan 'gergasi'.

United mara ke final selepas menundukkan Celta Vigo pada separuh akhir kedua dengan agregat kemenangan 2-1, awal pagi Jumaat.

Anak buahnya akan berkunjung ke Stockholm pada hujung bulan ini selepas kelab dari Belanda itu menjinakkan Lyon dalam perlawanan berasingan.

Juara aksi final itu akan mengisi slot ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

"Buat pertama kali, dua gergasi. Sejarah Manchester United dan Ajax amat menakjubkan.

"Ia perlawanan terakhir untuk musim ini. Saya rasa bersalah kepada anak buah saya, keesokan harinya mereka perlu pergi kepada skuad kebangsaan kerana mereka sepatutnya pergi ke spa selepas hampir 70 perlawanan.

"Mereka patut pergi ke spa tetapi mereka semua pergi mewakili pasukan kebangsaan untuk beraksi dalam beberapa perlawanan," kata Mourinho.

Dalam pertembungan penting itu, Mourinho akan kehilangan khidmat Eric Bailly pada 24 Mei selepas pemain pertahanan itu dilayangkan kad merah pada minit terakhir perlawanan.

Bailly dilihat menolak penyerang Celta Vigo, John Guidetti ketika berlaku perbalahan antara beberapa pemain kedua-dua pasukan.

Seorang lagi pemain Celta Vigo, Facundo Roncaglia juga dilihat sebagai 'watak jahat' dalam kekecohan itu dan menerima nasib yang sama seperti Baily apabila diarahkan keluar padang.

Bailly dan Guidetti akan terlepas aksi final yang dianggap penting untuk kedua-dua pasukan itu.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan