Lionel Messi Kahwin Bulan Depan - Bola Sepak | mStar

Lionel Messi Kahwin Bulan Depan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

TARIKH perkahwinan Lionel Messi sedang diperkatakan di media massa.

Bintang Barcelona itu dikatakan bakal melamar kekasihnya, Antonella Rocuzzo, bulan depan.

Menurut laporan Daily Mail, Messi akan mengikat hubungannya dengan Rocuzzo yang sudah lama dikenalinya pada 30 Jun ini.

Tarikh itu cuma selang beberapa hari dari tarikh kelahiran Messi yang ke-30 iaitu pada 24 Jun ini.

Mereka dilaporkan akan berkahwin di Arroyo Seco, pinggir kota Rosario, yang merupakan kampung halaman Messi dan Rocuzzo.

Messi juga dikhabarkan sudah menyiapkan resepsi perkahwinan kedua untuk 600 tetamu undangan di sebuah restoran di Barcelona.

Hubungan Messi dan Antonella dilihat sangat romantis. Mereka berkawan baik sejak kecil di Argentina.

Mula menjalinkan hubungan pada tahun 2008, mereka kini sudah mempunyai dua anak iaitu Thiago, 4, dan Mateo, 2 tahun.

Walaupun hubungan pemain ini bersama Rocuzzo semakin jelas, masa depannya di Barca masih samar.

Setakat ini dia dan Barca masih belum mencapai kata sepakat mengenai kontrak baharu di mana Messi mempunyai baki kontrak bersama kelab itu sehingga 2018.

Tags / Kata Kunci: Antonella Rocuzzo , Lionel Messi
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan