Conte 'Berterima Kasih' Kepada Arsenal

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Chelsea, Antonio Conte semakin hampir mengecapi kejayaan sulung bersama kelab baharunya di Liga Perdana Inggeris.

Tetapi di sebalik kejayaan yang hampir pasti itu, Conte 'berterima kasih' kepada seteru utama di London, Arsenal atas pencapaian cemerlang Chelsea yang kini berada di puncak liga.

Ini kerana, Conte mengakui bahawa kekalahan 0-3 kepada Arsenal pada awal musim ini menjadi detik penting buat dia di Chelsea untuk terus kekal dalam saingan kejuaraan liga.

Kekalahan Chelsea di Emirates pada September lalu, memaksa Conte menukar taktik yang menyaksikan pasukannya meneruskan rentak kemenangan dalam 13 perlawanan, sekali gus merampas dan mengukuhkan kedudukan di puncak.

Selain itu, kekalahan di tempat sendiri kepada Liverpool juga menjadi permulaan sukar Conte di Liga Perdana Inggeris, lebih-lebih lagi di musim pertamanya.

"Sukar untuk mengecapi kemenangan tanpa penderitaan. Apabila anda bekerja kuat, berdepan penderitaan adalah perkara normal.

"Saya tidak pernah melihat pemain yang bekerja keras tanpa mengalami sebarang penderitaan," katanya.

Menurut jurulatih kelahiran Itali itu, apabila mengalami kekalahan, pemain akan lebih kuat untuk berdepan sebarang situasi dalam setiap permainan.

"Kami memulakan musim ini dengan tiga kemenangan tetapi ia tidak membuatkan saya berasa tenang.

"Namun selepas kalah kepada Arsenal, saya faham bahawa kami perlu melakukan perubahan terutamanya aspek taktikal dan mencari penyelesaian untuk meningkatkan usaha kami," katanya.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan