Bale Sedia Sertai United

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 6:42 PM

Gareth Bale bersedia meninggalkan Real Madrid untuk United.

(Ubah saiz teks)

GARETH Bale bersedia untuk meninggalkan Real Madrid dan berhijrah ke Manchester United.

Menurut portal berita, The Independent mendakwa perpindahan itu berkemungkinan besar berlaku pada hujung musim ini selepas empat tahun bersama Real Madrid.

Sementara itu, Presiden Real Madrid, Florentino Perez ingin mengekalkan pemain berusia 27 tahun itu, namun pemain lain tidak menghalang Bale.

Di sebalik perkembangan positif itu, bos United, Jose Mourinho lebih gemar untuk mendapatkan bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmaan berbanding Bale.

Kelab Sepanyol itu enggan melepaskan Griezman dan mungkin akan kehilangan pemain Perancis itu sekiranya United sanggup membayar klausa perpindahan yang bernilai 89 juta Pound Sterling (RM498 juta).

Bale direhatkan sejak Real Madrid tewas kepada Barcelona di gelanggang sendiri pada April lalu dan kini dia terdesak untuk kembali cergas menjelang perlawanan akhir menentang Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara di Cardiff, 3 Jun depan.



Tags / Kata Kunci: Gareth Bale , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan