'Final Terindah' Real-Juve

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 7:16 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Pengurus Zinedine Zidane memacu Real Madrid buat kali kedua ke pentas final Liga Juara-Juara di mana pasukan itu akan bertemu bekas kelabnya, Juventus.

Zidane pernah bermain untuk Juve antara 1996 dan 2001.

Potretnya masih lagi tergantung di dalam stadium gergasi Itali itu di Turin.

Meskipun tewas 1-2 di tangan Atletico pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Vincente Calderon, awal pagi Khamis, Real mara ke final dengan agregat kemenangan 4-2.

Dan apa yang menarik perhatian Zidane adalah aksi penuh mendebarkan di Cardiff yang disifatkan sebagai 'final terindah'.

"Ia amat istimewa sudah tentu, Juventus memberikan segalanya kepada saya.

"Namun saya bersama Real Madid, sebuah lagi kelab dalam hidup saya. Ia final yang menarik. Kami tahu perjalanan terlalu jauh dan sukar. Mereka layak berada di sini dan saya fikir kami juga begitu," katanya.

Pada masa sama Zidane turut berbangga dengan prestasi anak buahnya ketika berdepan Atletico yang mendahului menerusi jaringan Saul Niguez dan Antoine Griezmann masing-masing pada minit ke-12 dan 16.

"Dengan ketenangan dan kesabaran, kami tahu peluang tetap ada. Selepas 25 minit segalanya berubah.

"Pada babak kedua kami mendapat semula rentak permainan selepas Isco berjaya menjaringkan gol pada minit ke-42," katanya.

Real mara ke final kejohanan itu buat kali ke-15 dan sedang mengintai peluang untuk menjulang trofi ke-12 mereka.

Zidane yang mengemudi pasukan itu pada Januari 2016 membantu Real menundukkan Atletico di pentas final tahun lalu.

"Saya gembira sebagai jurulatih kerana ia bermaksud apa yang saya lakukan berjalan lancar. Namun pemain sentiasa di luar jangkaan.

"Ia mereka yang di atas padang yang bermain, berlari dan berjuang untuk memberikan yang terbaik. Namun kami masih menang apa-apa lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Juventus , Liga Juara-Juara

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan