TRW Bakal Terkubur

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 9:41 AM

Foto ihsan: Faceook TRWFC.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa melahirkan kebimbangan mengenai masa depan skuad The Red Warriors (TRW) yang dikhuatiri akan terkubur dalam saingan Liga Malaysia (L-M) tidak lama lagi.

Malah, katanya, dengan peraturan dan cara L-M dikendalikan ketika ini menjadikan pasukan 'miskin' sudah tiada tempat lagi dalam pentas Liga Super.

"TRW mungkin tidak lagi wujud dalam L-M tidak lama lagi... dibawah peraturan dan cara sekarang, pasukan miskin sudah tiada tempat lagi di Liga Super.

"Saya doakan yang terbaik jika masih ada peluang untuk pasukan negeri ini beraksi atas nama negerinya," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Pada masa sama, Annuar turut kecewa selepas ramai pemain Kelantan yang masih dalam kontrak sudah 'dipancing' kelab lain menggunakan pintu belakang.

"Kegembiraan bila melihat TRW sentiasa istimewa walau dalam susah. Sedih bila tengok kita miskin tak cukup duit dan semua orang membiarkan kita terkapai-kapai... terus dikena pelbagai tekanan.

"Lebih sedih bila mengetahui ramai pemain cuba di larikan.Walau sepatutnya pemain dalam kontrak tak boleh dihubungi atau ditawar pintu belakang tapi ramai pemain sudah di pancing," katanya.

Baru-baru ini, Kelantan antara empat pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berkuat kuasa serta merta ekoran kegagalan melengkapkan proses pendaftaran iaitu mengemukakan surat-surat selesai bayaran tunggakan dari tahun-tahun sebelum 2017.

Lebih buruk lagi, Kelantan juga dilarang daripada mendaftar pemain baharu sepanjang tempoh pendaftaran kedua jika mereka gagal melengkapkan proses pendaftaran tersebut sebelum 15 Mei ini.

Annuar sebelum ini menganggap tindakan pemotongan mata itu bersifat ugutan dan bukannya membantu pasukan yang bertanding.

Malah beliau terus lantang mempertikaikan tindakan FMLLP sambil mendakwa pemotongan mata patut dikenakan ke atas pasukan Selangor dan Melaka United yang didakwa tidak membayar gaji pemain mereka.

Tags / Kata Kunci: TRW , Annuar Musa , Liga Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan