Suka Duka Nidzam Adzha

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 10:27 AM

Mohd Nidzam Adzha Yusof.

(Ubah saiz teks)

KETUA jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof mengakui Kedah memulakan pusingan kedua Liga Super dalam keadaan tidak memberangsangkan selepas tewas dua kali dan seri dalam satu perlawanan.

Bagaimanapun legenda skuad hijau kuning itu berkata, aksi pemain Kedah semakin baik walaupun terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain yang mengalami kecederaan dan penggantungan.

Menurutnya, graf aksi pemain Kedah juga menunjukkan peningakatan untuk pasukan itu terus bersaing dengan pasukan-pasukan pilihan dalam baki perlawanan.

"Dalam perlawanan bertemu PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) saya memang kecewa kerana kita telah berjaya mendahului pada babak pertama sebelum seri akhirnya.

"Tetapi secara keseluruhan, pemain telah bermain dengan baik dan graf kita semakin meningkat sejak pusingan kedua pada April lalu.

"Apa yang penting kita perlu lihat balik di mana kesilapan dan kelemahan dan memperbaiki secepat mungkin sebelum separuh akhir kedua Piala FA di Kuala Terengganu.

"Ini kerana kita berjaya dapatkan jaringan besar pada awalnya dan membuka peluang kepada lawan untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam memberitahu, untuk perlawanan seterusnya, Liridon Krasniqi dan Rizal Ghazali dapat beraksi kembali dan ia dapat memperkuatkan semula kesebelasan utama.

Jelasnya, pemain juga perlu memberi perhatian untuk perlawanan akan datang kerana ia penting untuk memastikan Kedah berada dalam final Piala FA.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong Kedah yang hadir di Shah Alam dan memberi sokongan sepanjang permainan.

"Mereka adalah kekuatan kita dan sokongan mereka diperlukan pemain untuk terus berjuang memastikan kemenangan menjadi milik kita selepas ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Mohd Nidzam Adzha Yusof , Kedah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan