Netizen Jawab Bantahan TMJ

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk meneruskan perlawanan antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Aksi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B sepatutnya berlangsung di gelanggang berkecuali memandangkan timbul konflik di antara kedua-dua kerajaaan sebelum ini.

Bagaimanapun selepas Korea Utara tidak memberi respon terhadap permintaan untuk mengadakan perlawanan di gelanggang neutral, AFC memutuskan ia tetap akan berlangsung di Pyongyang.

Rata-rata netizen tidak setuju pasukan Harimau Malaya bermain di Pyongyang berdasarkan faktor keselamatan.

Malah mereka tidak kisah sekiranya Malaysia didenda dengan memberi kemenangan percuma kepada Korea Utara serta denda, namun tetapi bertuju sekiranya negara di gantung daripada beraksi di peringkat Asia.

Netizen memberi maklum balas itu sebaik Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan pandangan membantah keputusan untuk menghantar skuad negara ke Pyongyang, atas faktor keselamatan.

Pandangan yang diberi netizen juga meminta FAM menghantar surat kepada AFC untuk mempertimbangkan semula keputusan berkaitan gelanggang ini.

Pun begitu, apa sahaja pandangan dan luahan ini, hanya campur tangan kerajaan (Menteri Belia dan Sukan) sahaja yang dapat membuat keputusan berdasarkan faktor-faktor keselamatan skuad Harimau Malaya.

Sebagai rekod, perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Pyongyang pada 28 Mac 2017 tetapi Jawatankuasa Pertandingan AFC mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan selepas peningkatan ketegangan diplomatik antara Kerajaan Korea Utara dan Malaysia.

Namun sehingga 14 April lalu, Korea Utara gagal memutuskan untuk bermain di gelanggang berkecuali sebaliknya hanya menghantar surat kepada AFC bagi mengekalkanPyongyang sebagai venue perlawanan pertama itu dengan memberi jaminan keselamatan kepada Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Netizen , Pyongyang , Harimau Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan