Futsal: 14 Pemain Galas Cabaran Negara

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad futsal negara, Chiew  Chun Yong telah menyenaraikan 14 pemain bagi menghadapi Kejuaraan Futsal Bawah 20 tahun (B-20) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2017 di Bangkok dari 16 hingga 26 Mei ini.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Khamis, lima daripada senarai awal 19 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bermula 26 April lalu digugurkan iaitu Farid Lokman, Farhan Khairul Anuar, Fadilah Raj Kafor, Affiq Miswan dan Syahril Ezuwan Sadre.

Sepanjang kem latihan tersebut, skuad futsal B-20 kebangsaan telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan bertemu pasukan tempat ketiga Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017, Pahang (menang 4-1);  juara LFK 2017, Melaka (kalah 6-4) dan Kuantan Rangers (menang 9-3).Pada kejohanan di Bangkok nanti, Malaysia, dalam kumpulan A, akan bertemu tuan rumah Thailand pada 16 Mei diikuti Afghanistan (17 Mei), Bahrain (18 Mei), Iraq (19 Mei) dan Brunei pada 20 Mei ini.

Sebanyak 21 negara yang dibahagikan dalam empat kumpulan akan mengambil,bahagian dengan dua pasukan teratas kumpulan akan meneruskan cabaran bagi saingan kalah mati di peringkat suku akhir pada 22 Mei, separuh akhir pada 24 Mei dan aksi final pada 26 Mei.

Senarai Pemain Malaysia

Aiman Fikry Ramli, Nur Hazim Suleiman, Muhammad Nurasyraaf Mohamad Azle, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir, Mohamad Awalluddin Mat Nawi, Muhammad Farikh Khabibor Rahman, Mohamad Umarul Hakimi Mohd Nasarudin, Muhammad Amirul Sugito, Shah Azman Ekmal Saleh, Mulhim Muqri Faisal, Iskandar Harun, Muhammad Saad Abdul Sani, Muhammad Aidil Shahril Rosli dan Fakhrul Islam Anizam.

KUMPULAN:A: MALAYSIA, Thailand, Iraq, Brunei, Bahrain, Afghanistan

KUMPULAN B: Vietnam, Jepun, Taiwan, Tajikistan, Indonesia

KUMPULAN C: Uzbekistan, Qatar, Lubnan, Myanmar, Hong Kong

KUMPULAN D: Iran, Kyrgyzstan, China, Mongolia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

Tags / Kata Kunci: Futsal , Malaysia , B20

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan