PKNS Ikat Kedah, Selangor Gagal Curi Tiga Mata

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 7:23 AM

Pemain PKNS FC Matias Nicolas (dua, kiri) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol penyamaan 4-4 ke atas pasukan Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Shah Alam malam Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nicolas Hadwa muncul wira pasukan yang sedang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran, PKNS FC apabila membantu mereka meraih satu mata berharga setelah mencatat keputusan seri 4-4 dengan Kedah pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selasa.

Kedah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa Ken Ilso pada minit kelima sebelum Patrick Ronaldinho Wleh menyamakan kedudukan selang sembilan minit kemudian.

Muhammad Syafiq Ahmad menceriakan seketika penyokong Kedah apabila menyumbat dua gol pada minit ke-15 dan 22 untuk skuad Lang Merah mendahului 3-1 sehingga waktu rehat.

Babak kedua menyaksikan PKNS FC melancarkan beberapa serangan merbahaya yang berjaya menghasilkan gol menerusi Hadwa (m56) dan Lucas Espindola kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-89.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan 3-3, Mendonca da Silva berjaya menambah jaringan untuk Kedah pada lewat permainan namun kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila Hadwa sekali lagi menghampakan penyokong Kedah untuk mengikat keputusan 4-4 menerusi gol pada masa kecederaan.

Sementara itu, di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, pasukan Sarawak berjaya mengutip satu mata berharga apabila turut mengikat Selangor 1-1.

Sarawak terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mateo Roskam pada minit ke-33 manakala gol Selangor dijaringkan pemain pertahanan, Mohd Rizal Fahmi di hujung babak pertama.

Selepas perlawanan malam Selasa, Kedah kekal di tangga ketiga liga di belakang Pahang dengan masing-masing mengutip 21 mata tetapi dibezakan dengan jaringan gol manakala PKNS ditempat ke-9 dengan mengumpul 11 mata.

Selangor pula di tangga keempat dengan 17 mata manakala Sarawak masih berada di zon penyingkiran dengan mengumpul 10 mata. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Nicolas Hadwa , PKNS FC , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan