Messi Tunjuk 'Kegilaan' - Bola Sepak | mStar

Messi Tunjuk 'Kegilaan'

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG bola sepak Barcelona, Lionel Messi telah menunjukkan kegilaannya dalam mengumpul jersi kelab dan pasukan bola sepak seluruh dunia.

Telah bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak selama lebih dari 10 tahun, Messi menunjukkan bahawa dia tetap mempunyai masa untuk hobinya ini.

Messi pada Selasa telah mendedahkan koleksi yang ada dalam simpanannya di laman Facebook.

Dalam gambar yang dimuat naik, Messi duduk bersama anaknya Thiago di dalam sebuah bilik yang dipenuhi koleksi jersi yang luar biasa.

Pemain berusia 29 tahun itu dilihat mempunyai jersi yang tertera nama beberapa bintang bola sepak dunia.

Antara yang dapat dilihat adalah jersi Paval Nedved, Sergio Aguero, Thierry Henry, Raul, Iker Casillas, Francesco Totti, Philipp Lahm dan Yaya Toure.

Bagaimanapun terdapat nama-nama yang kurang dikenali pada jersi yang dikumpulnya seperti Xabi Prieto dari Real Sociedad dan Youssef El Arabi dari kelab Qatar, Lekhwiya.

Messi juga menyimpan jersi dengan nama rakan-rakannya yang pernah dan sedang bersama Barcelona termasuklah Cesc Fabregas, Dani Alves, Gerard Pique dan Luis Suarez.

Kapten Argentina ini turut menyimpan jersi rakan senegaranya dari Argentina seperti Diego Milito, Angel di Maria dan Pablo Aimar.

Bagaimanapun, dalam lebih kurang 70 helai jersi yang dilihat, jersi dengan nama Cristiano Ronaldo, saingan terbesarnya tidak kelihatan.

Bertukar jersi selepas perlawanan sudah menjadi tradisi dalam sukan bola sepak bagi menunjukkan penghargaan dan rasa hormat sesama pemain walaupun berbeza pasukan.

Tapi, Messi dalam penerbitan Sepanyol, Invictos baru-baru ini telah mendedahkan bahawa dia tidak mengamalkan tradisi ini.

Katanya, satu-satunya pemain yang dia pernah minta tukar jersi adalah Zinedine Zidane.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , jersi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan