Fifa Siasat Perpindahan Pogba Ke United

Diterbitkan: Rabu, 10 Mei 2017 7:40 AM

Paul Pogba

(Ubah saiz teks)

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) bakal menjalankan siasatan ke atas perpindahan Paul Pogba dari Juventus ke Manchester United.

Pogba menyertai United pada musim panas tahun 2016, selepas berpindah dari kelab juara Itali itu dan mencatatkan perjanjian rekod dunia bernilai £89 juta.

"Pengesahan siasatan itu dibuat selepas laporan media Perancis menyatakan Fifa telah membuka siasatan," menurut satu laporan di laman web AFP.

"Masih belum jelas aspek pemindahan dari segi apa yang dijalankan siasatan oleh Fifa."

Ia adalah salah satu daripada tiga pemindahan yang dirunding oleh ejen Mino Raiola dengan United pada musim panas lalu, dengan Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan semuanya bersetuju dengan rundingan tersebut.

Satu laporan dalam Daily Mail pada Khamis yang dibuat berdasarkan buku yang bakal dikeluarkan berjudul 'Football Leaks: The Dirty Business of Football', berasaskan penyelidikan wartawan Der Spiegel Rafael Buschmann dan Michael Wulzinger telah membincangkan tentang gaji Pogba dan perpindahannya ke United.

Jurucakap United berkata: "Kami tidak mengulas mengenai kontrak, Fifa telah menyimpan dokumen-dokumen sejak perpindahan dilengkapkan pada Ogos lepas".

Dia sebelum ini telah meninggalkan United untuk menyertai Juventus secara percuma pada musim panas tahun 2012, membantu kelab itu memenangi empat gelaran Serie A berturut-turut serta dua Coppa Italia.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Fifa , rekod dunia

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan