Tiket Separuh Akhir Dijual Esok

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 5:16 PM

Foto Facebook Negeri Sembilan FA.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan menentang Pahang yang dijadual pada Sabtu ini, akan dijual mulai Rabu.

Pengurus pasukan Negeri Sembilan, Satwant Singh berkata peminat bola sepak tanah air boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini pada harga RM10 bagi terbuka dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

"Harga tiket berbumbung ialah RM20 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Ambil kesempatan pada cuti kelepasan am esok untuk membeli tiket," katanya.

Beliau berkata tiket akan dijual di kaunter yang ditetapkan mulai 10 pagi hingga 7 malam pada Rabu, Jumaat dan Sabtu manakala dari 3 petang hingga 7 malam pada Khamis.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 30 April lepas, pasukan Tok Gajah menewaskan skuad Rusa 1-0 menerusi gol sendiri pemain Negeri Sembilan, Annas Rahmat pada minit ke-81. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Piala FA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan