Piala Asia: Minta Korea Utara Beri Jaminan Keselamatan

Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 8:03 PM

Khairy menyampaikan ucapan perasmian Majlis Kiraan Detik 100 Hari Sukan SEA ke-29 pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mahu Korea Utara memberi jaminan keselamatan ke atas skuad bola sepak negara yang akan bertandang ke Pyongyang untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata walaupun tiada sebarang sekatan perjalanan untuk ke negara itu, masih timbul pelbagai isu melibatkan Korea Utara dengan negara lain.

"Kita harap Korea Utara boleh memberi jaminan keselamatan terhadap pasukan kita...bukan hanya ketegangan yang wujud (sebelum ini) antara Malaysia dan Korea Utara yang saya rasa sudah selesai, tetapi Korea Utara sekarang ini menghadapi pelbagai isu melibatkan dunia luar.

"'Kita berharap perlawanan dapat berlangsung dan pasukan negara selamat pulang ke Malaysia. Apabila AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) membuat keputusan, kita perlu akur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan detik 100 hari penganjuran temasya Kuala Lumpur 2017 di KL Sentral di sini, Selasa.

AFC mengumumkan aksi antara Malaysia dan Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 akan dilangsungkan di Pyongyang dan keputusan itu dicapai berikutan pengesahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa tiada sekatan perjalanan dikenakan kerajaan.

Skuad Harimau Malaya pada mulanya dijadual menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac tetapi kerajaan melarang pasukan itu daripada pergi ke sana atas sebab keselamatan.

Ini berikutan ketegangan antara kedua-dua negara akibat pembunuhan Kim Jong-nam yang juga abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 13 Februari lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Korea Utara , Piala AFC

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan