'Steady' Mat Yo!

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 8:00 AM

Norshahrul Idlan Talaha. - foto ihsan Facebook Felda United FC.

(Ubah saiz teks)

BATU KAWAN: Jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit terakhir perlawanan membantu Felda United mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan tercorot Liga Super, Pulau Pinang di Stadium Negeri di sini, malam Ahad.

Skuad ''The Fighters'' terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain import dari Argentina, Lucas Matias Cano pada minit ke-16.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Kumbang berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang import dari Papua New Guinea, Nigel Dabinyaba pada minit ke-54, sebelum Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo mengesahkan tiga mata penuh bagi skuad kendalian B. Sathianathan pada minit ke-89.

Terdahulu, Pesuruhjaya Perlawanan M.Elagkoven, terpaksa menangguhkan perlawanan selama sejam, akibat hujan lebat yang menyebabkan permukaan padang becak dan dinaiki air serta tidak sesuai untuk memulakan perlawanan.

Kemenangan itu juga membantu Felda United melonjak ke tangga keenam carta dengan 14 mata selepas 12 perlawanan, manakala Pulau Pinang kekal di tangga tercorot dengan lima mata.

Dalam dua lagi aksi liga Selasa ini, Sarawak akan menerima kunjungan Selangor di Stadium Negeri Kuching, manakala PKNS FC akan bertemu Kedah di Stadium Shah Alam.

Tags / Kata Kunci: Felda United , Mat Yo , Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan