Maradona Kendali Al-Fujairah

Diterbitkan: Isnin, 8 Mei 2017 7:52 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Selepas lima tahun tidak terikat dengan mana-mana kelab, legenda bola sepak Argentina Diego Maradona akhirnya dilantik sebagai jurulatih baharu kelab divisyen dua Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Al-Fujairah.

Ia merupakan tugas pertama pengendali berusia 56 tahun itu sejak dipecat sebagai pengurus Al-Wasl yang juga kelab UAE pada Julai 2012.

Al-Fujairah turut berkongsi gambar Maradona memegang jersi kelab tersebut menerusi laman Twitter mereka.

"Saya mahu beritahu anda bahawa saya adalah jurulatih baharu Al-Fujairah SC, kelab divisyen dua UAE," tulis Maradona di laman Facebooknya.

Maradona pernah membantu Argentina memenangi Piala Dunia pada 1986 dan turut mengendali skuad kebangsaan itu dari 2008 hingga 2010.

Tags / Kata Kunci: Diego Maradona , Al-Fujairah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan