Pemotongan Mata Tak Lemah Moral TRW

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 3:28 PM

Padovani Celin (dua, kiri) diraikan rakan sepasukan Mohamad Ghaddar selepas menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur, malam Sabtu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semangat untuk mengejar kembali mata yang dipotong menjadi kekuatan pemain Kelantan untuk menewaskan Pahang 3-2 pada saingan Liga Super Sabtu, sekali gus melebur rekod tanpa tewas Tok Gajah di gelanggang sendiri.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail bersyukur kerana anak didiknya tidak menjadikan pemotongan mata itu melemahkan moral The Red Warriors (TRW) untuk mempamerkan persembahan baik meskipun berhadapan dengan Tok Gajah yang disifatkan sebagai pasukan yang kuat.

"Walaupun sudah dipotong enam mata, tetapi mereka bermain dengan penuh bersemangat untuk mengejar kembali apa yang telah berlaku. Disiplin yang ditunjukkan juga dapat menghalang serangan bertubi-tubi daripada Pahang.

"Ini petanda yang baik untuk kita meneruskan perjuangan," katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) baru-baru ini mengumumkan pemotongan enam mata terhadap Kelantan ekoran kegagalan melunaskan tunggakan gaji melibatkan barisan pemain pasukan itu bagi musim 2015 dan 2016.

Zahasmi juga memuji semangat pemain importnya.

Alessandro Padovani Celin yang terus beraksi sehingga babak-babak akhir perlawanan meskipun baharu pulih daripada kecederaan termasuk menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit ke-17.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata pemainnya banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga membuka ruang kepada Kelantan, khususnya doa gol oleh Mohamad Ghaddar pada minit ke 72 dan 78, yang membawa kemenangan kepada pasukan lawan.

Katanya, pemain Tok Gajah mula membuat kesilapan selepas berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69, apabila mereka terlalu bersemangat untuk mencari gol kemenangan.

"Bila beria-ia mencari gol, mereka agak leka di pertahanan, hanya dua atau tiga pemain sahaja sedangkan Kelantan bermain secara serangan balas. Sepatutnya apabila sudah seri, kena sama-sama bertahan tetapi hilang fokus," katanya.

Dollah juga mengakui agak sukar untuk Tok Gajah melakar kemenangan sejak akhir-akhir ini kerana pihak lawan sudah mengetahui taktik dan corak permainan serta kekuatan Pahang.

"Kita sukar menjaringkan lebih daripada dua gol dan sering ketinggalan pada awal permainan. Ini yang saya nampak dan harus diperbetulkan khasnya pada bahagian serangan untuk perlawanan seterusnya," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Liga Super

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan