PBFW Terengganu Gah Ketuai Kumpulan A

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 7:39 PM

Skuad PBFW Terengganu buka langkah kanan pada aksi pertama Piala Pengerusi Felda, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan Persatuan Bolasepak Felda Wilayah (PBFW) Terengganu dan Segamat bermula langkah kanan dalam saingan Piala Pengerusi Felda  2017.

Pada kejohanan yang bermula Sabtu, kedua-dua finalis musin lalu itu mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatat kemenangan yang berpihak kepada Terengganu.

Terengganu meraih kemenangan tipis 3-2 pada perlawanan di Padang Astaka, Kuala Berang.

Kemenangan tersebut Ia membolehkan Terengganu yang dilatih Mohd Sharul Abdul Rahman menggugguli Kumpulan A dengan tiga mata selepas pasukan lain sekadar melakar keputusan seri.

Manakala Segamat kendalian Mohd Iftitah Ishak turut meraih tiga mata selepas sepakan percuma Amirul Akmal pada pertengahan babak kedua memastikan kemenangan 1-0 untuk mengatasi Johor Bahru.

"Kami menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dengan beberapa peluang meledak jaringan namun gagal menemui sentuhan penyudah.

"Namun saya faham ini adalah kombinasi pemain lama dan baru serta perlawanan pertama. Jadi sentuhan penyudah dan komunikasi antara pemain akan dipertingkatkan," katanya.

Saingan Piala Pengerusi Felda 2017 membabitkan 12 pasukan yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan B serta dijalankan secara liga satu pusingan sehingga Julai nanti.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir sebelum menentukan dua pasukan terbaik ke final yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai nanti.

Tags / Kata Kunci: PBFW , Piala Pengerusi Felda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan