Amirzafran Akhiri Kemarau Gol

Diterbitkan: Ahad, 7 Mei 2017 4:19 PM

Amirzafran meraikan jaringannya. - foto ihsan Facebook T-Team FC.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemain pertahanan T-Team, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris menamatkan kemarau gol peribadinya sepanjang 12 perlawanan Liga Super musim ini apabila menjaringkan gol kedua pasukan pada perlawanan menentang Perak, malam Sabtu.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata adalah misinya setiap kali turun ke gelanggang untuk memburu gol namun ia hanya dapat dilaksanakan dalam pertemuan dengan Perak.

Dalam pertemuan itu, T-Team menewaskan Perak 3-0, sekali gus melakarkan kemenangan kelima musim ini untuk menduduki tangga ketujuh liga dengan 13 mata selepas dikenakan tindakan pemotongan enam mata.

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengenakan hukuman itu kerana T-Team gagal melengkapkan proses pendaftaran melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) sebelum 31 Mac 2017.

Wan Amad Amirzafran berklata jaringan itu juga menjadi pembakar semangat kepadanya serta pasukan selepas enam mata skuad The Titans dipotong dan sekali gus ingin memastikan pasukan terus berada pada kedudukan terbaik.

"Memang berpuas hati sekian lama saya idamkan untuk menjaringkan gol dan dalam aksi malam tadi saya berjaya melunaskannya...sebelum turun beraksi saya nekad untuk membantu pasukan meraih tiga mata penuh.

"Terbukti kita berjaya dan kemenangan itu membangkit semangat untuk pasukan terus mengejar pasukan yang berada di persada teratas liga," katanya.

Dalam aksi menentang pasukan Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, gol pasukan tuan rumah itu dijaringkan oleh pemain import Mahamadou Samassa pada minit kelapan, Wan Ahmad Amirzafran (minit ke-71) dan pemain import, Farhod Tadjiev pada minit ke-75.

Wan Ahmad Amirzafran berkata gol pertama peribadinya itu menyuntik semangatnya untuk terus memburu gol dalam baki perlawanan.

"Peluang dan ruang yang ada saya akan gunakan sebaik mungkin dengan kerjasama dan momentum terbaik kesemua pemain ia dapat direalisasikan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: T-Team , Wan Ahmad Amirzafran

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan