Zachary Anderson Perjudi Diri

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Kedah, Zachary Anderson sedia memperjudikan dirinya demi perlawanan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Shah Alam pada Selasa ini.

Pemain kelahiran Australia itu bakal diketepikan dalam aksi Liga Super itu selepas mengalami kecederaan dalam saingan Piala FA baru-baru ini.

Anderson memberitahu, tindakannya untuk beraksi dalam perlawanan itu bukan bermaksud untuk membantah keputusan barisan kejurulatihan namun bagi berjuang demi skuad hijau kuning.

Menurutnya, ketika ini dia hanya menjalani latihan ringan dan tidak mengikuti sesi bersama rakan sepasukan lain disamping mendapat rawatan daripada ahli fisioterapi.

"Saya tahu betapa pentingnya untuk kita meraih tiga mata  ketika berdepan PKNS yang pernah mengecewakan kita ketika di Stadium Darul Aman bulan lalu dengan keputusan seri.

“Saya juga faham pentingnya untuk saya berada bersama rakan sepasukan lain bagi memantapkan pertahanan yang akan berdepan rangkaian serangan lawan yang diketuai oleh Patrick Ronaldinho.

“Saya yakin dengan rancangan Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof untuk membariskan kesebelasan terbaik ketika bertemu PKNS dan ketiadaan Liridon Krasniqi di bahagian tengah sudah pasti akan memberi kesan.

“Kami akan beraksi sebagai satu pasukan dengan persefahaman selama ini dan kesungguhan rakan-rakan mampu memberi mata berharga dalam perlawanan itu nantu," katanya kepada mStar Online.

Zachary berkata, perjuangannya bersama Kedah kini bukan sahaja bersifat pemaim import yang menerima gaji tetapi skuad hijau kuning adalah hidupnya.

Jelasnya, penting untuk dirinya membalas budi pasukan itu yang memberikan peluang bersama mereka selain harapan peminat setia Kedah.

Tags / Kata Kunci: Zachary Anderson

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan