Negeri Sembilan Kekal Rekod Tanpa Kalah

Diterbitkan: Sabtu, 6 Mei 2017 8:40 AM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Negeri Sembilan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana selepas 12 perlawanan, apabila bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam Jumaat.

Turun selaku pasukan pelawat di gelanggang sendiri, Negeri Sembilan ketinggalan 0-1 apabila pemain berpengalaman ATM, Venice Elphi menjaringkan gol sejurus babak kedua bermula, namun jaringan pemain kelahiran Britain, Lee Andrew Tuck pada minit ke-83, berjaya menyamakan kedudukan sekali gus mengekalkan kedudukan skuad Rusa di persada liga.

Negeri Sembilan berada di puncak carta dengan 28 mata daripada 12 perlawanan, diikuti oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC (25 mata) dan Terengganu dengan 24 mata di kedudukan ketiga.

PKNP FC berjaya memintas Terengganu untuk melonjak ke tempat kedua selepas menewaskan MISC-MIFA 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Pemain import dari Brazil, Gilberto Valdenesio menjadi wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada minit keempat dan 54, sebelum Deevan Raj Siva Balan menambah jaringan pada minit ke-82, manakala MISC-MIFA memperoleh gol sagu hati menerusi pemain import dari Cameroon, Bodric Dimitri yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Terengganu.

Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi J. Partiban pada minit ke-62, namun gagal mempertahankan kedudukan itu apabila Sabah bangkit menerusi jaringan Hamran Peter pada minit ke-82 dan pemain import dari Jepun, Masaya Jitzono pada minit ke-90.

Sementara itu, Kuala Lumpur berpesta gol ke atas pasukan Perlis dengan kemenangan 5-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, untuk menambah derita skuad Singa Utara, yang sebelum ini dipotong enam mata.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada Rabu lepas, mengambil tindakan pemotongan enam mata terhadap Perlis dan ATM kerana gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain masing-masing.

Pada aksi petang ini, pemain import dari Brazil, Guilherme de Paula Lucrecio muncul wira pasukan Kuala Lumpur apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-78, 81 dan 89.

Terdahulu skuad 'The City Boys' membuka jaringan pada minit ke-41 menerusi Muhd Hafiz Mohd Johar, sebelum Ibrahim Syahul melengkapkan kemenangan bergaya pasukan Kuala Lumpur melalui jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Di Stadium UiTM, Shah Alam, pasukan UiTM FC mencatat kemenangan 4-3 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Empat gol skuad UiTM dijaringkan pemain import dari Korea Selatan, Do Dong-Hyun pada minit keempat dan 52, Muhammad Izman Solehin Rohadi (8') dan pemain import dari Nigeria, Akanni Sunday (60'), manakala gol PDRM dijaringkan pemain import dari Ivory Coast, Dao Bakary (45') dan pemain import dari Singapura Muhammad Safuwan Baharudin (50' dan 65').

Di selatan tanah air, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II menewaskan Kuantan FA 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Tiga gol skuad Harimau Selatan dijaringkan Md Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-18, Syarul Azwari Ibrahim (38') dan Shahwan Sharudin (90'), manakala pemain import dari Serbia, Ljubo Baranin menjaringkan gol tunggal pasukan pelawat pada minit ke-81. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan