Ronaldo Terus Catat Rekod Dunia Di Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 7:45 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo tidak pernah 'sunyi' daripada mencatat rekod, dengan yang terbaru mencipta satu lagi rekod di media sosial.

Dia kini menjadi atlet pertama yang mempunyai seramai 100 juta pengikut di Instagram.

Pemain dari Portugal berusia 32 tahun ini bagaimanapun masih ketinggalan di belakang bintang pop Beyonce, Taylor Swift, Ariana Grande dan Selena Gomez di platform media sosial.

Ronaldo, yang merupakan pengguna tetap laman Instagram, sering memuat naik gambar-gambar terbaharunya dan sering mendapat jutaan 'like'.

Atlet lain yang turut mempunyai pengikut yang ramai adalah Neymar (74 juta) dan Lionel Messi (74 juta).

Ini bukanlah kali pertama Ronaldo mengukir rekod di media sosial kerana sebelum ini dia pernah mencipta sejarah di Twitter dan Facebook.

Pada 2015, nama Ronaldo tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai orang yang mendapat ‘like’ terbanyak di Facebook.

Setahun kemudian, bekas pemain Manchester United itu kembali mencatatkan nama dalam buku rekod dunia itu sebagai atlet yang mempunyai paling ramai pengikut di Twitter dengan jumlah 47.4 juta orang.

Walaupun mempunyai ratusan juta peminat dan pengikut, prestasi Ronaldo tetap cemerlang apabila dia terus mencipta rekod dalam kerjaya bola sepak.

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Instagram , media sosial

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan