Griezmann Hampiri Old Trafford

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 8:11 AM

Antoine Griezmann

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United telah bersetuju dengan terma-terma untuk mendapatkan pemain Antoine Griezmann dengan kontrak bernilai £72.8 juta, menurut laporan.

The Sun mendakwa penyerang Atletico Madrid itu telah menerima tawaran kontrak lima tahun bersama United dengan bayaran £280,000 seminggu.

United telah menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan klausa pelepasan Griezmann berjumlah £89 juta, yang jumlah keseluruhan perpindahannya menelan kos mencecah £170 juta, termasuk yuran, gaji dan bonus.

United juga telah memberi jaminan kepada pemain antarabangsa Perancis itu bahawa mereka akan meningkatkan prestasi skuad dengan ketara dengan menandatangani pemain baru selepas dia ragu-ragu untuk menyertai Old Trafford jika mereka gagal menempah slot Liga Juara-Juara musim depan.

Jose Mourinho telah menjadikan usaha untuk mendapatkan Griezmann sebagai salah satu keutamaan kerana pengurus kelab itu itu berminat untuk merombak pasukannya.

United dikehendaki membayar klausa pelepasan pemain berusia 26 tahun itu dalam satu masa dan langkah itu boleh berlaku sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan