Liverpool Jadi 'Kambing Hitam' Wenger

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger menjadikan Liverpool sebagai 'kambing hitam' untuk meredakan kemarahan penyokong Arsenal susulan kemarau gelaran Liga Perdana Inggeris selama 13 tahun.

The Gunners tidak memenangi gelaran liga sejak 2004 tetapi menjulang Piala FA sebanyak dua kali dalam tempoh tersebut dan Wenger memberi alasan bahawa dominasi kelab besar yang semakin berkurangan menunjukkan bahawa kesukaran untuk mengekalkan kejayaan dalam saingan liga.

"Setiap pihak mahukan kemenangan.

"Jika tidak memenangi kejuaraan liga, Piala FA, Liga Juara-Juara, ia satu bencana.

"Tetapi jika dilihat kembali tempoh tiga tahun lalu, Arsenal memenangi Piala Fa sebanyak dua kali dan menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat dalam liga," kata pengendali dari Perancis itu.

Malah kata Wenger, Arsenal sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir Piala FA pada musim ini tetapi beliau sedar pencapaian itu tidak boleh dibanggakan kerana kelabnya mahu menangi semua kejuaraan.

"Tetapi anda perlu terima kenyataan itu kerana Real Madrid tidak memenangi liga bagi tempoh lima tahun. Mereka merupakan kelab besar dan sukar untuk melakukannya.

"Liverpool juga tidak memenangi liga lebih 20 tahun. Memang sukar untuk memenanginya," kata Wenger seperti dilaporkan Mirror.

Masa depan Wenger bersama Arsenal masih samar susulan desakan penyokong yang mahukan pengurus itu meninggalkan Emirates ekoran prestasi hambar The Gunners dalam saingan liga dan Liga Juara-Juara.

Kemuncak kemarahan penyokong ketika Arsenal disingkirkan Bayern Munich dalam saingan pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara apabila dimalukan dengan keputusan 10-2 secara agregat.

Selain itu, prestasi Arsenal dalam kejohanan domestik juga menjadi tanda tanya apabila harapan pasukan London itu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada musim depan semakin tipis.

Arsenal kini menduduki tangga keenam liga dengan dipisahkan enam mata di belakang Manchester City di tempat keempat.


Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Liverpool

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan