Sanchez Dedah Punca Mahu Tinggalkan Arsenal

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KEGAGALAN Arsenal mempamerkan aksi konsisten menjadi punca bintang kelab itu, Alexis Sanchez mahu meninggalkan The Gunners.

Sanchez dikhabarkan mahu mengangkat kaki dari Emirates pada musim panas ini walaupun pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin mampu mengekalkan pemain antarabangsa Chile itu bersama Arsenal.

Namun menurut laporan Mirror, Sanchez menuding jari kepada rakan sepasukannya yang gagal menyerlah pada perlawanan penting sepanjang musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu mengakui bahawa Arsenal memiliki ramai pemain berbakat tetapi dia berasa 'letih' dengan kegagalan rakan sepasukan mempamerkan kualiti yang lebih baik.

Perbezaan kemahiran setiap pemain menyebabkan Sanchez berasa kecewa dan dia percaya rakan sepasukannya tidak berkongsi impian dan cita-citanya untuk meraih lebih banyak kejuaraan bersama Arsenal.

Sanchez dilaporkan mahu berhijrah ke Chelsea pada hujung musim ini, tetapi beberapa pasukan lain termasuk Manchester City, Paris Saint-Germain dan Bayern Munich turut berminat mendapatkan khidmat pemain tengah itu.


Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , Arsenal

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan