Sabaq Sat Helang Merah!

Diterbitkan: Khamis, 4 Mei 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyokong Kedah terpaksa menangguhkan kegembiraan untuk mendapatkan jurulatih impian mereka bagi menggantikan Tan Cheng Hoe.

Ini kerana pengganti Cheng Hoe yang diidamkan penyokong Hijau Kuning, Ramon Marcote masih belum memeterai sebarang perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Bagaimanapun, Marcote mengesahkan beliau telah dihubungi oleh KFA bagi membincangkan kemungkinan jurulatih kecergasan di kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid itu ke Darul Aman.

"Ya benar," katanya ketika dihubungi mStar Online mengulas tentang hasrat KFA pada Rabu.

"(Namun) tiada lagi perjanjian dimeterai," kata Marcote menjawab tentang tawaran yang dikemukakan KFA.

Beliau bagaimanapun mengakui berasa teruja apabila KFA menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya, apatah lagi mengendalikan sebuah kelab yang memiliki peminat yang sentiasa mengingati sumbangannya.

"Perbincangan ini menunjukkan KFA menghargai usaha yang saya lakukan ketika bersama Kedah pada 2015.

"Malah saya teruja dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan berterusan daripada penyokong Kedah terutamanya dalam laman Instagram.

"Satu kepuasan buat diri apabila mengetahui saya amat diingat di Malaysia," ujarnya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai isi perbincangan dengan KFA.

Desas-desus yang mengatakan Marcote kembali ke Kedah hangat diperkatakan sejak hari pertama Cheng Hoe 'diarahkan' untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya sebagai penolong jurulatih sebaik-baik sahaja Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah pada Rabu, pengurus KFA, Datuk Jeffry Low Han Chow mengesahkan pihaknya telah menghubungi Marcote untuk bagi membincangkan tentang tawaran membimbing skuad Helang Merah.

"Tetapi perbincangan masih di peringkat awal dan terdapat misi lebih penting dalam Piala FA yang perlu kita selesaikan ketika ini," kata beliau.

Buat masa ini, juara Piala Malaysia 2016 itu dikemudi oleh ketua jurulatih sementara, Mohd Nidzam Adzha Yusof.

Bekas pemain legenda Kedah itu juga diberi peluang untuk menggantikan Cheng Hoe secara tetap jika dia mampu membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala FA.

Kedah ketika ini hanya sebelah kaki untuk melangkah ke saingan akhir Piala FA selepas menewaskan Terengganu 1-0 pada pertemuan pertama Sabtu lalu.

Namun kedudukan skuad hijau kuning itu dalam saingan Liga Super agak goyah susulan beberapa keputusan seri dan hanya tewas sekali walaupun mengungguli tangga teratas selama tujuh minggu.

Kemerosotan Kedah dikatakan bermula sejak Cheng Hoe mula dilamar oleh FAM.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Ramon Marcote

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan